Social Icons

Monday, December 4, 2017

kurus vs menyusu

Assalamualaikum wbt…

Terima kasih kerana sudi klik klik ke blog Suhaila..

Harini Suhaila nak cerita serba sedikit pengalaman Suhaila semasa menjadi salah seorang peserta Program SlimFit.

Focus yang Suhaila ingin tekankan pada entri kali ini ialah mengenai penyusuan (breast feeding).

Sejujurnya, pada awal penglibatan Suhaila semasa join program SlimFit ni, susu untuk baby agak merudum.

Sehinggakan sepanjang minggu yang pertama dan kedua tu, memang kerap sangat baby menangis, dan bila direct feeding pun asyik mengamuk je, sebab susu tak keluar..
Memang susah hati sangat..

Suhaila bertahan sehingga minggu kedua, iaitu sehingga timbangan pertama dilakukan.

Sebelum tu Suhaila dah hampir berputus asa, mak Suhaila pun dah sound, dia suruh beli je susu formula, buat top up untuk baby.. (mak Suhaila yang tolong jaga anak Suhaila, dan tinggal bersama Suhaila) tapi Suhaila tak nak beli, sebab dah bertekad nak fully bf untuk baby ke lima Suhaila ni..

Mak Suhaila pun penat jaga baby sebab asyik nangis.. Nampak la dia stress sikit.. kesian jugak kat mak dan baby.. Mak Suhaila juga cakap, biarlah tak kurus lagi, tunggu baby dah boleh makan pun dah ok, kalau nak kurus jugak.. tu lagi menguatkan hati Suhaila untuk berputus asa je join program SlimFit ni..

Jadi, bila timbangan dah dilakukan, Suhaila dapati keputusan penurunan tidak memuaskan.. itu juga factor yang menguatkan lagi untuk Suhaila berputus asa, jadi Suhaila pun mengadu pada coach yang susu Suhaila drop..

Apa lagi, kalut la coach.. risau dia, macam macam nasihat lah yang coach berikan.. termasuklah untuk minta nasihat daripada crew yang sebelum ni pun pernah menyusu semasa join program SlimFit..

Terus crew tersebut pm Suhaila.. hahahaa..

Banyak nasihat dan tunjuk ajar yang beliau berikan..

Setelah berfikir panjang, Suhaila nak teruskan dan habiskan jugak program SlimFit tanpa stop menyusu..

Sebab Suhaila tahu, dengan menyusu badan merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk kurus atau kurangkan berat badan.. sebab Suhaila pernah alaminya masa menyusukan anak pertama dan kedua dulu.. dan ramai dah yang mempunyai pengalaman yang sama..

Jadi Suhaila ikut nasihat yang crew berikan.. ya, memang ada perubahan sikit.. tak banyak sangat bezanya.. jadi Suhaila fikir lagi, kenapa susu Suhaila tetap tak seperti sebelum Suhaila join SlimFit dulu..

Jadi Suhaila cuba pula mengubah sedikit cara makan suplemen seperti sebelum ni.. (lupa nak bagitahu, set untuk menyusu ada dalam set untuk kurus.. kira sekali harung laa, 2 n 1 gitew, tak perlu nak beli lain..)

Subhanallah Alhamdulillah, syukur sangat.. akhirnya dengan gabungan nasihat daripada crew dan betulkan cara makan supplemen, susu badan Suhaila mengalir keluar dengan meriahnya..


Jadi dua dua pun dapat… kuyus dan baby pun dah tak meragam lagi.. mak Suhaila pun dah tak stress sebab baby menangis lagi..

Itu adalah pengalaman yang baru buat Suhaila.. 

Penting untuk tahu CARA YANG BETUL untuk mendapatkan keputusan yang betul.. 

Untuk kurus kena tahu cara yang betul, untuk menyusu juga kena tahu cara yang betul, untuk meriahkan susu juga kena tahu cara yang betul...

Nak tahu caranya?

Boleh pm direct Suhaila untuk kita selesaikan masalah yang anda hadapi.. just wasap je ke 01126047745.. okey.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.


Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my